Tuesday, February 1, 2011

Menonton Al-Jazeera jam 10:50 mlm,1 Feb




Tenteram mendengar suara revolusi di Mesir.

Percaya dan yakin rakan kita, rakyat Malaysia di Mesir selamat kerana jutaan yang menuntut revolusi ini bukanlah penjenayah mahupun pengganas tetapi rakyat yang sudah lama ditindas dan dikerah.

Mereka bukan membuat revolusi utk diri dan negara mereka tetapi yang pasti impian mereka lebih besar. Pasti sahaja sebahagian mereka bertekad untuk bangkit bagi sahabat dan saudara mereka di bumi Palestin.

Mungkin sahaja mereka keluar untuk mencari jawapan di sebalik pembunuhan Hassan Al Banna lebih setengah abad lepas.

Permudahkanlah impian revolusi saudara dan sahabat di Mesir...
Seumur hidup saya tak pernah melihat sebuah Revolusi secara langsung, berilah peluang diri ini menyaksikan sendiri detik revolusi ini..

Bagi mereka di Mesir harga revolusi ini bukan murah ..
Cukup berharga bagi mereka yang telah lama berdiam diri.. Revolusi Islam Iran mengambil masa 6 bulan pada tahun 1979.
Banyak yang tak saya tahu, banyak bukti sejarah tak pernah saya tonton.
Revolusi Melur di Tunisia mungkin berjalan dalam diam hingga tidak dipedulikan kita di sini tapi memberi inspirasi bagi mereka yang menulis sejarah di Dataran Tahrir Mesir ketika ini.

Revolusi Mesir ini perlu diikuti setiap detik. Ada Al Jazeera, ada Twitter, ada Facebook, saya tak nak terlepas detik berharga seperti 11 September, berjuta melihat pesawat melanggar Menara 2 WTC, tapi saya mendengar di radio..
Peluang ini terlalu berharga untuk dilepaskan..

Kata Robert Fisk "Masa depan semakin jelas, tragedi belum berakhir"
Dengan penuh rendah diri saya tabik kebangkitan rakyat Mesir.

Tidak sekali rasa sanak saudara rakan senegara di sana akan dibunuh mahupun dicederakan tapi saya masih simpati dengan keperitan dan kesusahan hidup mereka dalam seminggu ini...
Jika dibandingkan dengan keperitan rakyat Mesir, masih banyak yang perlu kita disyukuri.

Untuk membandingkan apa yang berlaku di Dataran Tahrir dengan apa yang berlaku pada reformasi di Jakarta Mei'98 dan peristiwa perhimpunan di Kuala Lumpur pada September'98..

Jauh impak sejarah dan darjat perjuangannya..

*Al-Fatihah juga untuk khaled mohamed said