Saturday, October 16, 2010

Belajawan 2011

duit
Tak faham kenapa istilah Belanjawan ditukar kepada Bajet (kalau tak siap ditukar pada tahun 2001) kerana perkataan Belanjawan tu lebih 'Malaysia' bunyinya dari perkataan Bajet. Mungkin sebab orang Terengganu akan menambah huruf 'G' dalam perkataan Belanjawan. Tapi itulah idea dan konsep asal Bajet kan? Untuk membelanjakan wang.

Masa zaman sekolah dulu cukup tak suka pembentangan Bajet ni sebab semua saluran TV hanya ada muka Menteri Kewangan. Kalau tak silap sekitar tahun awal dan pertengahan 90 an pembentangan Bajet dilakukan pada hari Sabtu sehinggalah pada lewat 90 an dilakukan pada hari Jumaat.

Dulu tak faham dan malas ambil tahu pasal angka-angka dan istilah ekonomi yang ada dalam Bajet. Cuma apa yang seronoknya Bajet a.k.a Belanjawan pada ketika itu ialah perkataan-perkataan baru dalam ucapan Bajet. Pada ketika itu Menteri Kewangan ialah Anwar Ibrahim. Jadi wujudlah perkataan Madani, Alaf, Jembel, Merudum dll. Satu inisiatif yang tidak diteruskan.

Intipati Bajet yang memperuntukkan dana sebanyak RM 212 bilion ini boleh download di SINI .. Errr ada ke yang kisah nak download kalau analisis dah ada di media.

Dalam banyak-banyak tu mungkin hanya ada satu dua perkara saja yang secara peribadi dapat dirasai secara langsung:

  • Skim Rumah Pertamaku -skim beli rumah tanpa deposit untuk mereka yang bergaji kurang dari 3k untuk memiliki rumah yang nilainya tidak melebihi RM 220K. - Bagi siapa duduk bandar, gaji RM 3k seharusnya dianggap miskin dan skim ni beri harapan walau bukan jaminan untuk kita yang bergaji marhaen ini untuk memiliki rumah dan tidak tinggal di bawah jambatan, setinggan dan tidak menyewa sampai mati.
  • Projek MRT yang bernilai lebih RM 40 bilion yang mensasarkan penggunaan pengangkutan awam sehingga 40 peratus. Pengangkutan awam 40 peratus je untuk Greater KL dan hanya akan siap pada tahun 2020..? Errrrr... En. Menteri Kewangan, bukankah ianya sudah agak terlambat..? Kalau Kabinet En tidak lagi mentadbir adakah projek ini akan diteruskan...? hmmmm
  • Tol PLUS tidak akan dinaikkan dalam tempoh 5 tahun. Ye tol PLUS sahaja ye, jadi jangan nak marah kalau LDP, NPE, MAX, SMART,LEKAS, Lebuhraya Pantai Timur, SILK naik harga tolnya. Ramai yang kata ini janji pilihan raya kerana tempoh lima tahun itu. Tapi sekali lagi berharap yang dalam tempoh 3 atau 2 tahun setengah lagi, sekiranya kita mendapat Kabinet Menteri yang baru, janji ini masih dilaksanakan atau dilanjutkan hingga tempoh 5 tahun yang mendatang.
  • Sebuah bangunan 100 tingkat bakal dibina dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Rasanya ketinggian bangunan ini lebih tinggi dari Menara Kembar Petronas. Menara Berkembar Petronas memang ikon kebanggan Malaysia. Jadi membina bangunan tinggi untuk mencipta lagi satu lagi ikon kebanggaan bukanlah satu idea yang mengagumkan. Ya, perlumbaan untuk membina bangunan tertinggi bukan lagi satu trend yang harus dibanggakan selepas Burj Dubai berjaya disiapkan. Ketinggian Burj Dubai sukar digugat untuk tempoh masa yang panjang. Kalau ada bangunan yang lebih tinggi dari 800 meter, sudah tentu ianya hanyalah simbol keangkuhan atau kebodohan. Jadi Malaysia hari ini bukan perlukan Menara 100 tingkat untuk dibanggakan. Kita perlukan satu ikon yang unik dan tersendiri yang tiada di negara lain. Sesuatu yang masih boleh dikagumi sampai tahun 2050. Kita perlukan satu projek yang dapat diikuti negara lain dan menara warisan negara yang mempunyai 100 lantai rasanya bukanlah jawapannya. Harap sangat design bangunan tu tak buruk..!
Tapi yang paling mendapat perhatian kali ini dah tentu pemansuhan duti import antara 5 hingga 30% terhadap 300 barangan dari hujung rambut hinggalah ke seluar dalam. Ramai yang kata ini hadiah En Perdana Menteri pada cinta hatinya. Ke'kinky'an En Perdana Menteri membuatkan segelintir dari kita hanya memikirkan Mui Mui, LV atau mungkin juga La Senza yang bakal dipakai oleh si cinta hati sehingga tak ambil peduli perincian lain yang ada.

La Senza

Ramai yang terus buat kesimpulan kata ini Bajet RM bukannya rakyat. Lantak la! Tapi secara mudahnya, sekiranya bik seronok dapat pakai barangan import tidak kira dipakai di luar atau di dalam, kita pun boleh juga pakai. Jadi bukanlah pemansuhan duti import itu untuk dia seorang je. Korang semua pun boleh gak merasa, cuma mungkin lebih seksi dan cantik berbanding dengan bik. :-P

Memang takkan ada Bajet yang dapat puaskan semua. Kebanyakan dari kita kadang-kadang tak tahu apa manfaat bajet pada kita.

Thursday, October 7, 2010

makan doa cinta

Photobucket

Secara peribadi terdapat beberapa daya penarik filem eat pray love ini wajib ditonton.

  • Sebab utama ialah kerana masa saya pergi Bali tahun lepas, semua akhbar kat sana cerita pasal Julia Roberts akan shoot di Bali. Dalam erti kata lain, menonton filem ini macam flashback pengalaman pergi Bali. Minta maaf la ye, saya ni tak pernah keluar dari Malaysia sebelum itu, jadi bila dapat pergi Bali semuanya indah-indah belaka, al maklumlah agak 'gayat' masa tu.

Photobucket
  • Populariti buku Elizabeth Gilbert ini yang mempunyai pengikutnya sendiri termasuk Oprah. Bukan mudah untuk transformasikan naskah terutamanya novel ke sebuah filem. Tak banyak filem yang berkesan hasil adaptasi novel. Contohnya walaupun Slumdog Millionaire menang Oscar tapi siapa yang pernah baca versi asal novel mesti lebih menyenangi 'Q&A' tulisan Vikas Swarup.

Sebab lain ialah kerana trailer ini

Banyak yang kata filem ini boring sebab jalan cerita yang meleweh-leweh dan meleret-leret.

Konsep dan sinopsis iaitu pengalaman Gilbert yang 'mencari diri' dengan makanan di Itali, ketenangan jiwa dengan meditasi di India dan menemui cintanya semula di Bali merupakan kekuatan yang memaksa diri untuk mengikuti cerita ini hingga habis.

Jadi elemen visual yang cukup kuat dan menarik banyak mengubat kebosanan yang wujud di beberapa babak cerita ini.

italu

Contohnya di Itali, visual pasta, pizza, wine serta muzik akan menghiburkan perut anda yang lapar dan besar kapasitinya dan sekaligus melupakan kebuntuan fikiran dan sel-sel di otak dari terus tertanya "Apa masalah perempuan ni...?! Ada laki ditinggalkan, pastu couple dgn budak muda tapi tinggalkan dia juga, dia nak apa sebenarnya dalam dunia ni.!!!"

Saya hampir mengantuk dan tidak dapat memahami dengan sangat medalam dan memilih untuk tidak mendalami niat dan kemahuan Gilbert mencari guru di India walhal guru itu ada di New York iaitu tempat tinggal Gilbert sendiri...

india

Tapi banyak perkara-perkara yang takkan sanggup saya buat contohnya salah satu watak di ashram itu ialah tidak boleh bercakap langsung kerana sebahagian dari proses meditasi... kalau saya dah gila dah kalau sehari tak bercakap!

Ketut (bukan Kentut!) pawang di Bali yang meramal nasib Gilbert adalah punca segala-galanya! Dia meramalkan Gilbert akan bercerai dan kehilangan semua duitnya dalam jangka masa 6 bulan dan akan kembali semula ke Bali untuk menuntut semula dengan pawang itu...

indon

Watak ini sangat menarik dan sangat comel kerana fizikal Ketut yang tidak bergigi dan mempunyai karismanya yang tersendiri..

Photobucket

Christine Hakim turut muncul dengan memegang watak Wayan. Teruja tengok dia. Persepsinya ialah "Wah dia berlakon filem Hollywood!". Padahal apa la sangat dia berlakon filem ini kalau dia pernah jadi juri Festival Filem Cannes.. huhuhu

Kalau anda suka visual, sanggup memberikan fokus atau pernah membaca novel eat pray love dan ingin melihat filem ini di layar besar anda boleh menonton.

Tapi kalau anda cepat boring, malas layan perasaan dan malas nak fikir atau anda tak pernah kenal siapa itu Christine Hakim, baik jangan tengok. Sila beli tiket wayang Jangan Belakang Congkak 2 kerana itu mungkin lebih menghiburkan.

Saya mempelajari dan memahami istilah Attraversiamo melalui filem ini.

p/s: Kepada yg tak kenal Christine Hakim, bos saya kata dia tu dulu hebat macam Agnes Monica hari ini...huhuhu... Tapi saya rasa dia lebih hebat..! Dia ex-gf Broery Marantika, pernah muncul gak dlm Hapuslah Airmata Mu, berlakon dalam Tjoet Nja' Dhien (mewakili Indonesia untuk dipertandingkan dalam 62nd Academy Awards) dan ramai yang ingat babak Bayan iaitu pengasuh Puteri Gunung Ledang yang membunuh diri dalam filem PGL

Monday, September 27, 2010

Magika Review


Baru lepas menonton Magika selepas kempunan menonton tengahari tadi walaupun tiket sudah dibeli. Berdasarkan gelak, komen, kritikan dan provokasi Mimie dan Dino yang telah pun menonton 3 per empat filem itu mendorong aku menonton filem ini pada hari yang sama juga.

Sebenarnya Magika menggunakan formula yang sama diguna pakai oleh hampir kesemua filem-filem fantasi yang boleh ditonton oleh seisi keluarga. Menonjolkan pertembungan dua latar masa dan kehidupan yang berbeza secara keseluruhannya. Samalah macam filem Enchanted dan Shrek yang mana menghimpunkan Cinderella, Repunzel, Pinocchio, Pussycat dan lain-lain dalam satu cerita yang sama.

Kalau tengok drama masa Hari Raya lepas, drama-drama di TV3 terutamanya juga banyak ambil konsep fantasi ni. Dari drama Hikayat, Gondoruwo, Cheritera hinggalah ke dokumentari Mengenal Manikam semuanya ada elemen fantasi (jadi tak hairanlah kalau kempen iklan Pakcik Beca boleh lepas jadi iklan raya walapun kena tarik balik).

Jangan cari logik ketepatan fakta watak-watak dari kisah rakyat dalam filem ini, bahasa yang digunakan dan juga perwatakan mereka. Apa yang lebih penting filem ini mengigatkan kita yang sebenarnya orang Melayu banyak kisah rakyat yang kalau pandai diolah dimasukkan teknologi yang boleh menimbulkan unsur kekaguman seperti Lord of the Rings & Harry Potter juga.

Bimbingan ibu bapa yang cerdik dan bijaksana diperlukan apabila menonton filem ini. Ini bagi memastikan anak-anak diberikan maklumat dan fakta yang betul mengenai kisah-kisah rakyat dalam Magika. Ini kerana ada yang tak tahu Badang makan muntah untuk kuat dan kata Badang makan budu atau air jampi.. Errrr....

Sebab saya suka Magika:
  • Ada ramai sangat Maya Karin yang boleh dimiliki. Scene awal Maya Karin bermain-main di air terjun sangat best ditambah dengan lagi Mari Bergebang (bergebang...? apakah!)
  • Ruminah Sidek tak pernah gagal bagi ekspresi dan lakonan yang hebat walaupun scenenya tak banyak. Watak Nenek kepada Malik & Ayu memang samalah dengan Nenek Rock saya yang berusia 80++ di kampung.(ingat lagi tak ekspresi Mak Mah dalam filem Puteri Gunung Ledang dan Jangan Pandang Belakang? Gempak!)
  • Menyembuyikan siapa ibu pada Malik & Ayu menimbulkan pertanyaan dan rasa ingin tahu yang menebal hinggalah Fauziah Ahmad Daud secara jelas fizikalnya dalam lagu Tidur Dahulu. Scene itu aku kenal pasti sebagai "touch is touching", huhuhu..!
  • Nenek Kebayan memang Rock!!! Lagi rock dari model Slim World, sebab berusia baru 300 tahun..! Suka suara tua nenek kebayan dalam badan anak dara
  • Kemunculan Puteri Gunung Ledang memang yang paling best! Gilak ar tengok shape dia dah tua (errr...tak nak citer lebih sebab tak sanggup bayangkan lebih lama). Ning Baizura memang superb pegang watak ni. Dengan lagu yang sedap sampai orang belakang cakap "haaa... baru de lagu ngan suara penyanyi yang sedap"!
  • Sabri Yunus menambahkan kekuatan scene Puteri Gunung Ledang(PGL). Bendahara yang fasih dengan loghat Kelantan tetapi mempunyai ciri 'adik-adik' dengan celak di kening dan berharapkan PGL minta kasut Amani tau Gucci masa dipinang Sultan Melaka dulu memang sempoi. Selain itu bendahara ini masih bijak dalam pentadbiran kerana gusar tak dapat menjalankan kempen pemasaran bagi menjual spare-tyre2 PGL! Scene ini memang paling gempak!
  • Marsha hanya muncul sekejap saja setelah muncul sebagai Puteri Santubong yang cantik setelah makan jamu Botox Nenek Kebayan
  • Suka dengan idea Mahsuri yang tak pandai cakap Melayu hanya pandai cakap Siam! LOL!
  • Tambah best bila Mahsuri dilembing Awang dan dibiarkan mati mengelupur macam ayam kena sembelih setelah Hang Tuah & gang datang
  • Hang Tuah dan gang - satira pada polis ambil rasuah
  • TV mak Bawang Putih & Bawang Merah (Adibah Noor) teknologi yang hebat! wayang kulit di TV!
  • Suka gile dengan dialog Mawi - ' tiada yang mustahil dengan kuasa imaginasi'
Cuma lagu Penyembuh Rindu pada scene terakhir membunuh keseronokan Magis Magika. Motif nak panjangkan scene tu yang kononnya love scene...

Tengok wayang kat panggung 8 TGV Sunway Pyramid memang macam haram! Sound tenggelam timbul lepas tu transition black yang lama... Apakah?!

Rating untuk Magika : Tiada bintang! Sebab aku hanya bagi RM 14 untuk tiket wayang. Berbaloi untuk hiburan di hujung minggu tapi kurang berbaloi kalau tengok dkt TGV Sunway Pyramid kerana kecacatan audionya...

Marilah menonton trailer Magika


Thursday, September 2, 2010

Lagu Raya

Semua kita suka lagu raya.

Kadang-kadang kita tak tahu tajuk lagu raya tu, cuma rujuk nama penyanyi je..

Sebab tajuk lagu semua hampir sama, kalau tak Aidilfitri mesti Selamat Hari Raya...

Kalau ada soalan, "Pe lagu raya yang ko suka..."

Kebanyakan kita jawab, "Lagu P.Ramlee, Saloma, Ahmad Jais, Hail Amir, Uji Rashid, Sharifah Aini dll"

Berikut antara lagu raya yang aku suka tapi jarang dijadikan pilihan pertama ketika kita membuat permintaan lagu di radio.



"Di hari Lebaran ini jangan pula berbuat dosa..." - Ada lagu raya lain de lirik ni..??

Aku rasa lagu ini complete.. Lengkap mengikut syarak dan mcm 'Panduan Berhari Raya...'



Lagu paling sesuai nak minta simpati orang supaya dapat duit raya...

Atau minta simpati bakal mak mertua supaya dapat kahwin cepat tanpa perlu bagi duit hantaran mahal-mahal...

Anuar Zain rakam gak lagu ni.. Seperti biasa, original gak lagi best..



Serius jiwang lagu ni.... Mungkin awek dia kata 'pe kelas pakai kaler biru, orang pakai polka dot'



Sesuai dinyanyikan dalam perjalanan ke KLIA.... rumah Jalil Hamid ni memang rumah yang paling wajib dikunjungi kanak-kanak kat Alam Megah walaupun nnt balik poket penuh duit syiling.. padan muka siapa suruh jadi materialistik



Lagu raya tahun lepas... Serius bapak touching....walaupun dalam masa yang sama terbayangkan Jeffrydin menari goyang-goyang kepala dengar rentak lagu ni...

Jadi apa lagu raya anda....? Huhuhu

Tak Mampu

Ok Puan Audrey Hepburn cakap :

Audrey Hepburn

"Remember, if you ever need a helping hand, it's at the end of your arm, as you get older, remember you have another hand.....
The first is to help yourself, the second is to help others..."

Serius belum ada perasaan ikhlas yang sejujur-jujurnya nak tolong orang sampai tahap ni, tangan aku tangan aku la....

Jadi raya tiada istilah duit raya...!

Saturday, August 28, 2010

Saya bukan Penjual Tart...

Serius saya bukan penjual/pengemis tart sepertimana yang diwar-warkan 'Kisah Pengemis Jual Egg-Tart... Itu fitnah..! Tapi saya suka....

Saya hanyalah seorang pekerja marhaen di sektor swasta yang tidak mendapat 'duit raya' mcm kakitangan kerajaan.

Sememangnya lepas buka pose saya selalu mengarut (mcm best lak guna perkataan saya).

Tapi kalau tak pose pun saya memang suka mengarut.

Sebenarnya perut saya yang sudah sedia besar ini teramat padat kandungannya selepas buka pose di The Apartment.

Rumusannya, puas hati makan kat sini.

Konsep buffet, jadi silakan membina semangat tamak haloba dengan mengambil makanan dengan penuh membukit di pinggan sehingga ianya boleh kelihatan seperti tudung saji.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Nasi Beriyani mantah (tp sy suka), kari ayam sedak!

Photobucket

Ayam BarbieBeratur (BBQ)

Photobucket

Meatball Apartment Style

Photobucket

Satay with weird gravy... mcm kuah cheese (cis bedebah, beta nak kuah kacang!)

Photobucket

1st round! Ada Masak Lomak Cili Api Porut, serius sedap, gile kampung... mmg gile ghombau!

Photobucket



Photobucket

Hai Cik Kepah (err, tu kepah ek? pe beza kepah & lala?)

Photobucket

Speghetti ini perfect!

Photobucket

Sukar untuk tidak mencintai udang ketika berbuka pose apatah lagi udang itu sungguh cantik fizikal dan baik budi bahasanya untuk dinikmati.....

Photobucket

Hambek ko! Cukup membazir membiarkan sumber kolegen semulajadi terbuang begitu saja

Photobucket

Kakak saya panggil agar-agar ini 'agar-agar bodoh'... sebab pakai sirap je... tapi agar-agar ini agak cerdik sbb ada buah kat dalam... jadi ianya kurang sedap.. ;-P

Photobucket

Apakah...?

Photobucket

Somell...

Further info The Apartment.

Friday, August 27, 2010

"Layang-layang itu naik gara-gara ada angin yang menolaknya....
Jadi saya perlu diterjang oleh rintangan...
Saya suka akan rintangan sehingga saya jatuh dan harus bangun lagi untuk kembali berlari untuk mengejar yang depan......"

Photobucket

Quote dari Mohd Iqbal, pelajar Dayah Modern Darul Ulum Aceh

Anak Aceh ini keluar dalam rancangan Suara Generasi di Astro 501.

Monday, August 23, 2010

Kedai Kopi (Update)

Buka puasa di Kedai Kopi memang acara tahunan sama ada sengaja atau tidak disengajakan.

Masa part one degree dulu, aku dengan member kelas pernah dapat 10 markah kerana hadir buka puasa dekat Kedai Kopi..

Photobucket
2006 ~ Senang kan assignment kami? makan pun dapat markah...
siapalah lecturer yg inovatif itu.. errr..

Photobucket
2010 - diaorg tiada dalam gamb 2006

Antara sebab Kedai Kopi jadi pilihan paling selamat nak buka puasa ramai-ramai :

  • Tempat selesa, banyak angin, view pun bolehlah
  • Parking senang banding dengan Kedai Kopi 1
  • Dekat dengan masjid, jadi lepas buka boleh terus g Masjid Shah Alam
Antara ahli jemaah buka pose

Photobucket

Daus, Dino (ishh korek idung) & Mimie

Photobucket

Jijah & Baby Suri yang cuba bersembunyi di balik rumput hijau

Photobucket

Ikkey (ye depan itu idung dan cermin mata Mimie)

Lagi seorang jemaah ialah Babal, tapi dia lambat sikit datang dan disumpah jadi kucing

kucing gedik

kucing gedik1

Bagi siapa yang suka makan buffet dan kelahap serta tamak ambil banyak-banyak sampai boleh jadi tudung saji, anda perlu hati-hati di Kedai Kopi

Konsep ambil makanan macam buffet, banyak pilihan.

Tapi anda bayar apa yang anda ambil.. tapi ok la tak bazir

Photobucket

mine

sotong

dan juga udang yang masih lagi jadi igauan..(ejaan igauan ini mcm tak jauh beza dengan iguana kan..?)

Photobucket

dan abg yang mempunyai lengan yang besar mcm traffic light meneruskan program dietnya


Photobucket
diet tak makan nasi je puwn (ayat ini penuh hasad dengki)


Photobucket
Kalau sapa nak solat maghrib de ruang kat bahagian atas

Jadi kalau nak buat reservation tgk blog Jijah

Owh, btw lupa nak pesan... sila jangan order Bread Butter Pudding...

Photobucket

Ini kerana pencuci mulut yang disangkakan manis ini tidak manis dan rasanya seperti lontong...!

Apakah..!

Saturday, August 21, 2010

Celcom Broadband - Love Me Love Me Not

Aku beli celcom broadband pada 27 Julai 2010.

Sebab ikut iklan ini katanya liputan terluas & member opis pun pakai takde problem, bil pun tak banyak (aku beli broadband pun sebab tak mampu bayar bil Maxis yg bapak mahal sebab guna internet kat aipone)

Masalahnya sejak aku beli, speed tak menentu, kalau ko online 5 minit lagi 56 minit ko penat tunggu dia connect pas tu disconnect.

Photobucket
cantik kan graf ni..mcm Burj Khalifa Dubai


Jadi bila memikirkan kebodohan aku berganda sebab beli benda ini selama sebulan tapi tak penah dapat manfaat Advance Package yg ditawarkan, aku pun call la Celcom Careline.

Jawapan pertama aku dapat ialah :

"Oh En, sebenarnya Celcom memang ada error dengan broadband dari 23 Julai hingga 31 Ogos ni, mereka sedang buat maintanance.. " - Apakah ? Ada kau bagitau aku masa aku beli 27 Julai?

Aku pun tanya pe beza pakej yang aku ambil sedangkan servis yang aku dapat sama je takde beza advance tau basic...

Jawapannya :

"Kalau Encik nak maklumat lanjut mengenai itu boleh layari www.celcom.com.my/broadband" - celah mana aku nak g website tu kalau nak connect tenet pun tak dapat.!

Lepas tu call aku dicampakkan ke bahagian akaun dan bil.

Aku tak suka minta rebate, tp kalau aku bayar penuh tp tak dpt apa-apa maksudnya tahap bodoh aku tadi dah jadi bebal... Aku tanya gak pasal rebate...

Jawapannya :

"Buat setakat ini kami memang takde tawarkan rebate sebab error ni (- dah agak pun jawapan tu.) Tapi tak pe saya sambungkan encik dengan bahagian broadband kami, nanti dia boleh bantu secara teknikal"

Bila disambung ke bahagian broadband, dia bantulah pe yang kena buat, check balik network, profile management dan beberapa perkara teknikal yang tak mampu dihadam oleh pemikiran aku yang tidak teknikal ini. (errr..nak buat blog pun kena minta tutorial ;-P)

Jadi kesimpulan yang boleh diberikan oleh pegawai Broadband yang banyak membantu beri penjelasan ialah:

" Broadband encik memang mengalami masalah, kami pun tak tahu sebab encik tak buat aduan. Jadi saya akan ambil maklumat Encik dan skuad Broadband kami akan datang ke rumah untuk buat sample" --- Waaaaahhhh Skuad Broadband, macam skuad bomba tau skuad kadet polis sekolah!

" Mengenai rebate kami akan pertimbangkan nanti, dan saya harap kami akan dapat selesaikan masalah ini dalam masa dua tiga hari ini "-- Baiklah saya tunggu hingga Rabu ini.

Aku redha je la dengan broadband aku ni. Masa buat entry ini pun 2 @ 3 kali dia terputus..

Benarlah Ramadan itu mengajar manusia bersabar.. wakakaka!

Thursday, August 19, 2010

Nilai 3 (ini bukan entry shopping)

Alhamdulillah, semenjak bulan Ramadan ni ramai yang cuba berubah dan berniat untuk menjadi lebih baik dari bulan Syaaban.

Jadi kalau kat Facebook banyak la link video yang berunsurkan kerohanian, dalam erti kata lain nak dakwahlah...!

Maka muncullah imam-iman muda dan ustazah-ustazah yang tak berapa tua seronok share linkyang mcm ini & ini dan banyak lagi lah. Korg pun tau.

Niat tu baik. Konon nak berdakwah, nak bagi kesedaran di bulan pose supaya pahala dapat berganda-ganda.

Tak lengkap link ini jika tidak disertakan dengan tazkirah dan majlis ilmu yang berbentuk komen dari rakan-rakan dibawahnya dan keluarlah ayat-ayat seperti ini :
  • "hish. takut aku dok tgk ulang2 vid ni...tersentap melihat mereka. nauzubillah.."
  • "Aku respek orang yang buat video ni. Mari sama2 kita sebarkan dan kongsikan pada masyarakat terutamanya kaum wanita... Adakah kamu tidak berfikir? "
  • "aku kini insaf..."
Hhmmm, dalam masa kurang 6 minit, tgk video pas tu terus sebilangan dari kita dapat kekuatan dan keyakinan diri sendiri tanpa perlu mengembangkan hidung untuk jatuh hukuman dan terus ada kegeniusan yang maha hebat untuk mencipta formula matematik yang teorinya nanti dapat mengira dosa pahala hamba yang lain..

Senang je rupanya...



"Apakah kita semua, Benar-benar tulus, Menyembah pada-Nya, Atau mungkin kita hanya, Takut pada neraka, Dan inginkan surga. "

Sunday, August 15, 2010

II


Sesungguhnya antara perkara paling sukar untuk dilakukan dalam hidup ini ialah

jujur pada diri sendiri

Jadi betullah frasa

"Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya tanpa tulus dihatinya"


Photobucket

Friday, July 30, 2010

anak sulong

Baiklah saya beri peluang kepada diri sendiri untuk berblog.

Setelah lebih 4 tahun dan beberapa blog yang terbengkalai saya cuba menjadi blog kali ini berjaya.

Ini didorong dengan kejayaan rakan2 yang menjadi blogger terkenal seperti 'a girl cryptic diary' dan juga akiss ferrero (yg blognya diqoute oleh hamis jalikha - tp dibahagian bawah sekali ;-p tp takpe at least ade..)

Antara sebab lain niat utk berblog adalah utk mempunyai kehidupan (err apakah statement ini : rasanya ramai je blogger yg dlm blog je best tp realiti mcm ______!

Melalui tulisan di blog juga kita boleh melakukan forensik melalui tulisannya.

TU SEBAB SAYA TAK TULIS BLOG...!

Tp di sudut lain blog mengasah skill penulisan kita (sambil berfikir bentuk sharper yg digunakan utk mengasah bakat menulis, lalala)

Tp betul sebagai golongan marhaen yg dikelilingi wartawan hebat yang bertaraf banjour saya rasa saya perlu gunakan blog sebagai platform utk memperbaiki tulisan dan kebolehan menterjemahkan minda (Wak Lu!) melalui penulisan.

Bukankah mata pena itu lebih tajam dari tujahan peluru. (tp skrg saya menaip pakai papan kekunci, perlukah jari saya menjadi runcing dan kuku menjadi tajam? -- ok tak pe tak paham soalan sendiri!!)

Blogger yang baik adalah blogger yang pandai menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dan bermakna.. Wartawan yang baik juga diajar begitu.. Tp sy bukan blogger tau wartawan yg baik. Saya budiman!

Oh ya nak menarik org baca blog kena ada gambar yang menarik juga..

Saya balik dlu



19:53pm
06072010
Tawau - KL