Saya hanyalah seorang pekerja marhaen di sektor swasta yang tidak mendapat 'duit raya' mcm kakitangan kerajaan.
Sememangnya lepas buka pose saya selalu mengarut (mcm best lak guna perkataan saya).
Tapi kalau tak pose pun saya memang suka mengarut.
Sebenarnya perut saya yang sudah sedia besar ini teramat padat kandungannya selepas buka pose di The Apartment.
Rumusannya, puas hati makan kat sini.
Konsep buffet, jadi silakan membina semangat tamak haloba dengan mengambil makanan dengan penuh membukit di pinggan sehingga ianya boleh kelihatan seperti tudung saji.
Nasi Beriyani mantah (tp sy suka), kari ayam sedak!
Ayam BarbieBeratur (BBQ)
Meatball Apartment Style
Satay with weird gravy... mcm kuah cheese (cis bedebah, beta nak kuah kacang!)
1st round! Ada Masak Lomak Cili Api Porut, serius sedap, gile kampung... mmg gile ghombau!
Hai Cik Kepah (err, tu kepah ek? pe beza kepah & lala?)
Speghetti ini perfect!
Sukar untuk tidak mencintai udang ketika berbuka pose apatah lagi udang itu sungguh cantik fizikal dan baik budi bahasanya untuk dinikmati.....
Hambek ko! Cukup membazir membiarkan sumber kolegen semulajadi terbuang begitu saja
Kakak saya panggil agar-agar ini 'agar-agar bodoh'... sebab pakai sirap je... tapi agar-agar ini agak cerdik sbb ada buah kat dalam... jadi ianya kurang sedap.. ;-P
Apakah...?
Somell...
Further info The Apartment.
BURRRRRRRRRRRRRRP kenyang tgk gambar makan sedaps!
ReplyDeletepenjual egg-tart dah kaya skg makan kat apakmen! wakakaka
i suka entri makan :)