Thursday, October 7, 2010

makan doa cinta

Photobucket

Secara peribadi terdapat beberapa daya penarik filem eat pray love ini wajib ditonton.

  • Sebab utama ialah kerana masa saya pergi Bali tahun lepas, semua akhbar kat sana cerita pasal Julia Roberts akan shoot di Bali. Dalam erti kata lain, menonton filem ini macam flashback pengalaman pergi Bali. Minta maaf la ye, saya ni tak pernah keluar dari Malaysia sebelum itu, jadi bila dapat pergi Bali semuanya indah-indah belaka, al maklumlah agak 'gayat' masa tu.

Photobucket
  • Populariti buku Elizabeth Gilbert ini yang mempunyai pengikutnya sendiri termasuk Oprah. Bukan mudah untuk transformasikan naskah terutamanya novel ke sebuah filem. Tak banyak filem yang berkesan hasil adaptasi novel. Contohnya walaupun Slumdog Millionaire menang Oscar tapi siapa yang pernah baca versi asal novel mesti lebih menyenangi 'Q&A' tulisan Vikas Swarup.

Sebab lain ialah kerana trailer ini

Banyak yang kata filem ini boring sebab jalan cerita yang meleweh-leweh dan meleret-leret.

Konsep dan sinopsis iaitu pengalaman Gilbert yang 'mencari diri' dengan makanan di Itali, ketenangan jiwa dengan meditasi di India dan menemui cintanya semula di Bali merupakan kekuatan yang memaksa diri untuk mengikuti cerita ini hingga habis.

Jadi elemen visual yang cukup kuat dan menarik banyak mengubat kebosanan yang wujud di beberapa babak cerita ini.

italu

Contohnya di Itali, visual pasta, pizza, wine serta muzik akan menghiburkan perut anda yang lapar dan besar kapasitinya dan sekaligus melupakan kebuntuan fikiran dan sel-sel di otak dari terus tertanya "Apa masalah perempuan ni...?! Ada laki ditinggalkan, pastu couple dgn budak muda tapi tinggalkan dia juga, dia nak apa sebenarnya dalam dunia ni.!!!"

Saya hampir mengantuk dan tidak dapat memahami dengan sangat medalam dan memilih untuk tidak mendalami niat dan kemahuan Gilbert mencari guru di India walhal guru itu ada di New York iaitu tempat tinggal Gilbert sendiri...

india

Tapi banyak perkara-perkara yang takkan sanggup saya buat contohnya salah satu watak di ashram itu ialah tidak boleh bercakap langsung kerana sebahagian dari proses meditasi... kalau saya dah gila dah kalau sehari tak bercakap!

Ketut (bukan Kentut!) pawang di Bali yang meramal nasib Gilbert adalah punca segala-galanya! Dia meramalkan Gilbert akan bercerai dan kehilangan semua duitnya dalam jangka masa 6 bulan dan akan kembali semula ke Bali untuk menuntut semula dengan pawang itu...

indon

Watak ini sangat menarik dan sangat comel kerana fizikal Ketut yang tidak bergigi dan mempunyai karismanya yang tersendiri..

Photobucket

Christine Hakim turut muncul dengan memegang watak Wayan. Teruja tengok dia. Persepsinya ialah "Wah dia berlakon filem Hollywood!". Padahal apa la sangat dia berlakon filem ini kalau dia pernah jadi juri Festival Filem Cannes.. huhuhu

Kalau anda suka visual, sanggup memberikan fokus atau pernah membaca novel eat pray love dan ingin melihat filem ini di layar besar anda boleh menonton.

Tapi kalau anda cepat boring, malas layan perasaan dan malas nak fikir atau anda tak pernah kenal siapa itu Christine Hakim, baik jangan tengok. Sila beli tiket wayang Jangan Belakang Congkak 2 kerana itu mungkin lebih menghiburkan.

Saya mempelajari dan memahami istilah Attraversiamo melalui filem ini.

p/s: Kepada yg tak kenal Christine Hakim, bos saya kata dia tu dulu hebat macam Agnes Monica hari ini...huhuhu... Tapi saya rasa dia lebih hebat..! Dia ex-gf Broery Marantika, pernah muncul gak dlm Hapuslah Airmata Mu, berlakon dalam Tjoet Nja' Dhien (mewakili Indonesia untuk dipertandingkan dalam 62nd Academy Awards) dan ramai yang ingat babak Bayan iaitu pengasuh Puteri Gunung Ledang yang membunuh diri dalam filem PGL

No comments:

Post a Comment