Monday, September 27, 2010

Magika Review


Baru lepas menonton Magika selepas kempunan menonton tengahari tadi walaupun tiket sudah dibeli. Berdasarkan gelak, komen, kritikan dan provokasi Mimie dan Dino yang telah pun menonton 3 per empat filem itu mendorong aku menonton filem ini pada hari yang sama juga.

Sebenarnya Magika menggunakan formula yang sama diguna pakai oleh hampir kesemua filem-filem fantasi yang boleh ditonton oleh seisi keluarga. Menonjolkan pertembungan dua latar masa dan kehidupan yang berbeza secara keseluruhannya. Samalah macam filem Enchanted dan Shrek yang mana menghimpunkan Cinderella, Repunzel, Pinocchio, Pussycat dan lain-lain dalam satu cerita yang sama.

Kalau tengok drama masa Hari Raya lepas, drama-drama di TV3 terutamanya juga banyak ambil konsep fantasi ni. Dari drama Hikayat, Gondoruwo, Cheritera hinggalah ke dokumentari Mengenal Manikam semuanya ada elemen fantasi (jadi tak hairanlah kalau kempen iklan Pakcik Beca boleh lepas jadi iklan raya walapun kena tarik balik).

Jangan cari logik ketepatan fakta watak-watak dari kisah rakyat dalam filem ini, bahasa yang digunakan dan juga perwatakan mereka. Apa yang lebih penting filem ini mengigatkan kita yang sebenarnya orang Melayu banyak kisah rakyat yang kalau pandai diolah dimasukkan teknologi yang boleh menimbulkan unsur kekaguman seperti Lord of the Rings & Harry Potter juga.

Bimbingan ibu bapa yang cerdik dan bijaksana diperlukan apabila menonton filem ini. Ini bagi memastikan anak-anak diberikan maklumat dan fakta yang betul mengenai kisah-kisah rakyat dalam Magika. Ini kerana ada yang tak tahu Badang makan muntah untuk kuat dan kata Badang makan budu atau air jampi.. Errrr....

Sebab saya suka Magika:
  • Ada ramai sangat Maya Karin yang boleh dimiliki. Scene awal Maya Karin bermain-main di air terjun sangat best ditambah dengan lagi Mari Bergebang (bergebang...? apakah!)
  • Ruminah Sidek tak pernah gagal bagi ekspresi dan lakonan yang hebat walaupun scenenya tak banyak. Watak Nenek kepada Malik & Ayu memang samalah dengan Nenek Rock saya yang berusia 80++ di kampung.(ingat lagi tak ekspresi Mak Mah dalam filem Puteri Gunung Ledang dan Jangan Pandang Belakang? Gempak!)
  • Menyembuyikan siapa ibu pada Malik & Ayu menimbulkan pertanyaan dan rasa ingin tahu yang menebal hinggalah Fauziah Ahmad Daud secara jelas fizikalnya dalam lagu Tidur Dahulu. Scene itu aku kenal pasti sebagai "touch is touching", huhuhu..!
  • Nenek Kebayan memang Rock!!! Lagi rock dari model Slim World, sebab berusia baru 300 tahun..! Suka suara tua nenek kebayan dalam badan anak dara
  • Kemunculan Puteri Gunung Ledang memang yang paling best! Gilak ar tengok shape dia dah tua (errr...tak nak citer lebih sebab tak sanggup bayangkan lebih lama). Ning Baizura memang superb pegang watak ni. Dengan lagu yang sedap sampai orang belakang cakap "haaa... baru de lagu ngan suara penyanyi yang sedap"!
  • Sabri Yunus menambahkan kekuatan scene Puteri Gunung Ledang(PGL). Bendahara yang fasih dengan loghat Kelantan tetapi mempunyai ciri 'adik-adik' dengan celak di kening dan berharapkan PGL minta kasut Amani tau Gucci masa dipinang Sultan Melaka dulu memang sempoi. Selain itu bendahara ini masih bijak dalam pentadbiran kerana gusar tak dapat menjalankan kempen pemasaran bagi menjual spare-tyre2 PGL! Scene ini memang paling gempak!
  • Marsha hanya muncul sekejap saja setelah muncul sebagai Puteri Santubong yang cantik setelah makan jamu Botox Nenek Kebayan
  • Suka dengan idea Mahsuri yang tak pandai cakap Melayu hanya pandai cakap Siam! LOL!
  • Tambah best bila Mahsuri dilembing Awang dan dibiarkan mati mengelupur macam ayam kena sembelih setelah Hang Tuah & gang datang
  • Hang Tuah dan gang - satira pada polis ambil rasuah
  • TV mak Bawang Putih & Bawang Merah (Adibah Noor) teknologi yang hebat! wayang kulit di TV!
  • Suka gile dengan dialog Mawi - ' tiada yang mustahil dengan kuasa imaginasi'
Cuma lagu Penyembuh Rindu pada scene terakhir membunuh keseronokan Magis Magika. Motif nak panjangkan scene tu yang kononnya love scene...

Tengok wayang kat panggung 8 TGV Sunway Pyramid memang macam haram! Sound tenggelam timbul lepas tu transition black yang lama... Apakah?!

Rating untuk Magika : Tiada bintang! Sebab aku hanya bagi RM 14 untuk tiket wayang. Berbaloi untuk hiburan di hujung minggu tapi kurang berbaloi kalau tengok dkt TGV Sunway Pyramid kerana kecacatan audionya...

Marilah menonton trailer Magika


2 comments:

  1. ini yang tak sabar nak pegi terjah wayang. harap2 tidak menghampakan.

    ReplyDelete
  2. 0sh!Nz d' sen0r!ta: Dah tengok ke blm..?

    ReplyDelete