Saturday, October 16, 2010

Belajawan 2011

duit
Tak faham kenapa istilah Belanjawan ditukar kepada Bajet (kalau tak siap ditukar pada tahun 2001) kerana perkataan Belanjawan tu lebih 'Malaysia' bunyinya dari perkataan Bajet. Mungkin sebab orang Terengganu akan menambah huruf 'G' dalam perkataan Belanjawan. Tapi itulah idea dan konsep asal Bajet kan? Untuk membelanjakan wang.

Masa zaman sekolah dulu cukup tak suka pembentangan Bajet ni sebab semua saluran TV hanya ada muka Menteri Kewangan. Kalau tak silap sekitar tahun awal dan pertengahan 90 an pembentangan Bajet dilakukan pada hari Sabtu sehinggalah pada lewat 90 an dilakukan pada hari Jumaat.

Dulu tak faham dan malas ambil tahu pasal angka-angka dan istilah ekonomi yang ada dalam Bajet. Cuma apa yang seronoknya Bajet a.k.a Belanjawan pada ketika itu ialah perkataan-perkataan baru dalam ucapan Bajet. Pada ketika itu Menteri Kewangan ialah Anwar Ibrahim. Jadi wujudlah perkataan Madani, Alaf, Jembel, Merudum dll. Satu inisiatif yang tidak diteruskan.

Intipati Bajet yang memperuntukkan dana sebanyak RM 212 bilion ini boleh download di SINI .. Errr ada ke yang kisah nak download kalau analisis dah ada di media.

Dalam banyak-banyak tu mungkin hanya ada satu dua perkara saja yang secara peribadi dapat dirasai secara langsung:

  • Skim Rumah Pertamaku -skim beli rumah tanpa deposit untuk mereka yang bergaji kurang dari 3k untuk memiliki rumah yang nilainya tidak melebihi RM 220K. - Bagi siapa duduk bandar, gaji RM 3k seharusnya dianggap miskin dan skim ni beri harapan walau bukan jaminan untuk kita yang bergaji marhaen ini untuk memiliki rumah dan tidak tinggal di bawah jambatan, setinggan dan tidak menyewa sampai mati.
  • Projek MRT yang bernilai lebih RM 40 bilion yang mensasarkan penggunaan pengangkutan awam sehingga 40 peratus. Pengangkutan awam 40 peratus je untuk Greater KL dan hanya akan siap pada tahun 2020..? Errrrr... En. Menteri Kewangan, bukankah ianya sudah agak terlambat..? Kalau Kabinet En tidak lagi mentadbir adakah projek ini akan diteruskan...? hmmmm
  • Tol PLUS tidak akan dinaikkan dalam tempoh 5 tahun. Ye tol PLUS sahaja ye, jadi jangan nak marah kalau LDP, NPE, MAX, SMART,LEKAS, Lebuhraya Pantai Timur, SILK naik harga tolnya. Ramai yang kata ini janji pilihan raya kerana tempoh lima tahun itu. Tapi sekali lagi berharap yang dalam tempoh 3 atau 2 tahun setengah lagi, sekiranya kita mendapat Kabinet Menteri yang baru, janji ini masih dilaksanakan atau dilanjutkan hingga tempoh 5 tahun yang mendatang.
  • Sebuah bangunan 100 tingkat bakal dibina dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Rasanya ketinggian bangunan ini lebih tinggi dari Menara Kembar Petronas. Menara Berkembar Petronas memang ikon kebanggan Malaysia. Jadi membina bangunan tinggi untuk mencipta lagi satu lagi ikon kebanggaan bukanlah satu idea yang mengagumkan. Ya, perlumbaan untuk membina bangunan tertinggi bukan lagi satu trend yang harus dibanggakan selepas Burj Dubai berjaya disiapkan. Ketinggian Burj Dubai sukar digugat untuk tempoh masa yang panjang. Kalau ada bangunan yang lebih tinggi dari 800 meter, sudah tentu ianya hanyalah simbol keangkuhan atau kebodohan. Jadi Malaysia hari ini bukan perlukan Menara 100 tingkat untuk dibanggakan. Kita perlukan satu ikon yang unik dan tersendiri yang tiada di negara lain. Sesuatu yang masih boleh dikagumi sampai tahun 2050. Kita perlukan satu projek yang dapat diikuti negara lain dan menara warisan negara yang mempunyai 100 lantai rasanya bukanlah jawapannya. Harap sangat design bangunan tu tak buruk..!
Tapi yang paling mendapat perhatian kali ini dah tentu pemansuhan duti import antara 5 hingga 30% terhadap 300 barangan dari hujung rambut hinggalah ke seluar dalam. Ramai yang kata ini hadiah En Perdana Menteri pada cinta hatinya. Ke'kinky'an En Perdana Menteri membuatkan segelintir dari kita hanya memikirkan Mui Mui, LV atau mungkin juga La Senza yang bakal dipakai oleh si cinta hati sehingga tak ambil peduli perincian lain yang ada.

La Senza

Ramai yang terus buat kesimpulan kata ini Bajet RM bukannya rakyat. Lantak la! Tapi secara mudahnya, sekiranya bik seronok dapat pakai barangan import tidak kira dipakai di luar atau di dalam, kita pun boleh juga pakai. Jadi bukanlah pemansuhan duti import itu untuk dia seorang je. Korang semua pun boleh gak merasa, cuma mungkin lebih seksi dan cantik berbanding dengan bik. :-P

Memang takkan ada Bajet yang dapat puaskan semua. Kebanyakan dari kita kadang-kadang tak tahu apa manfaat bajet pada kita.

2 comments:

  1. behetul la paksik. aku dah la guna LDP, MEX segala. pungkak! hurm. mmg xkan dpt puaskan hati semua.

    *Mui Mui, it's Miu Miu lah. ke saje being sarcastic?

    ReplyDelete
  2. hui apa yg ko rs psl belanjawan sama dgn aku, haha!

    LDP kalau naik lg, xtau la nk ckp..

    aku rs dia tukar kpd 'bajet' sb dia melambangkan berjimat cermat. haha, berjimat cermat la sgt. tower 100 tingkat.

    ReplyDelete