Sunday, May 8, 2011

OMAK!

Kepada emak saya..
Di Hari Ibu ini saya bekerja.

Terima kasih kerana tidak bebel panjang-panjang kenapa kerja hari Ahad seperti watak-watak tipikal seorang ibu dalam drama-drama atau filem-filem Melayu.

Terima kasih juga sebab tak minta hadiah macam-macam sempena Hari Ibu. Lagipun emak tak ajar saya untuk menghargai orang yang kita sayang dengan material.
(Tapi saya cukup fahm bila emak sedikit excited bila nak g jalan-jalan. Itu xpe saya masih boleh handle.)

Oh ya, terima kasih banyak-banyak kerana mengajar saya yang tindakan ibu dalam cerita rakyat Batu Belah Batu Bertangkup itu adalah mengarut, dan menyatakan dengan berani yang ibu yang merajuk kerana telur tembakul itu sangat bodoh, pentingkan diri sendiri, emosi tak tentu pasal sebab biarkan anak sendiri jadi yatim piatu. (Batu Belah Batu Bertangkup ~ Flinstones sangat!)

Emak, ribuan terima kasih say ucapkan sebab selalu cerita perkara-perkara dan kongsi pemikiran yang bertaraf sarjana universiti walau hakikatnya emak lulus cukup2 makan saja masa ambil LCE dlu.
Berkatnya, saya masih lagi boleh ke universiti walaupun keputusan SPM tak hebat dan itu yang ajar saya buat pilihan bijak dalam buat pertimbangan
(*emak saya ada akaun EPF sebab keje setahun lebuh untuk pastikan saya de yuran SPM & bayar duit tuition, tp sy failed gak add math ;p)

Terima kasih sebab tidak pernah malu dengan kekurangan yang saya ada & jarang sekali nak berlagak atau riak dengan sedikit kelebihan yang kadang kadang dipinjamkan kepada saya.

Terima kasih juga kerana setiap hari tak pernah lupa doakan kebaikan dunia dan akhirat saya walaupun emak sedar saya jarang ingatkan akhirat, uruskan dunia pun belum lagi sepenuhnya bijak

Akhir sekali, ~ ni paling best sekali :

Terima kasih kerana tidak menjadikan Hari Ibu ini tidak terlalu istimewa kerana kita sentiasa percaya yang setiap hari yang mendatang adalah hari yang istimewa asalkan kita anak beranak masih boleh gaduh sama-sama, tak layan scene kecik-kecik hati macam emak dalam cite Batu Belah Batu Bertangkup itu dan menyayangi antara satu sama lain tanpa minta dibalas dan kita lakukan dengan cara kita sendiri.

Emak, pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei, ( ~ entah siapa ntah makhluk yang kata hari ini adalah Hari Ibu!), seperti yang disarankan dalam kaca TV dan iklan-iklan radio ramai yang kata "saya sayaaang mak! Mak lah yang terbaik untuk saya! Jasa mak hanya Tuhan saja membalasnya" (eleh mcm korg pernah btl2 balas), lepas tu diaorang bagi bunga, bagi kad bla bla semua! Itu diaorang.

Tahniah la mak sebab mak ajar saya "eh bukan tiap hari ke kena sayang mak bapak?!" selepas emak menonton rancangan Nona di TV3 yang ketika itu pengacaranya ialah Ezzah Aziz Fawzy.

Ya,setiap hari. Hari Ibu setiap hari. Menjaga perasaan (oh ni kita selalu kantoi) dan menyayangi emak kita adalah benda yang alami. Tiada pilihan.

Tp saya cuba ingatkan diri saya yang saya sayangkan emak kerana saya sayangkan Tuhan kerana itulah tuntutan dan perintah-Nya. Syukur Ya Allah atas rasa nikmat menyanyangi ibu ini.

Al Fatihah kepada ibu rakan-rakan yang telah tiada

Iqbal- Aku tak pernah jumpa Allahyarham mak kau, tp aku faham perasaan anak bongsu yang rapat dengan maknya.

Reez - Terima kasih sebab kongsi keistimewaan Allahyarham Umi bersama kami. Pengalaman berharga sepanjang hidup mengenali Umi walaupun sekejap saja.

Tidak dilupakan pada sepupu-sepupu saya yang dulu kadang kadang angin juga bila Allahyarham Mak mereka terlalu banyak kasih sayang untuk dikongsi dengan anak sedara seperti saya.

Akhir sekali, esayang mana pun saya pada emak saya, saya tahu dia hanyalah pinjaman semata. Barang pinjam kena handle with care. Errr!

- nota ini ditulis di sebuah bilik di rumah flat yang kami diami sejak 21 tahun dulu. Bilik yang setahun mungkin 3 kali saja kami kemas dan unit rumah pangsa yang mampu dimiliki kerana pemikiran dan tekad emak saya ( tapi sudah tentu dgn hasil pendapatan bapa saya)

No comments:

Post a Comment