Sunday, June 19, 2011

Zami Ismail in Memoriam (20 Nov 1944 - 19 Jun 2011)

Semasa kebanyakan dari kita sangat galak update status FB dan juga berkicau Tweet dgn ucapan Hari Bapa, ada rakan-rakan yang kehilangan bapa.

Zami Ismail meninggal dunia di IJN.

Pak Uda

Anak beliau satu ofis dengan saya. Tapi sejujurnya saya rasa, saya lebih akrab dengan Pak Uda berbanding dengan anak beliau sendiri -walaupun saya bertemu dengan anaknya hampir setiap hari. Saya tak pernah bertemu Pak Uda, hanya lawak beliau yang begitu akrab dengan saya.

Pak Uda menceriakan Jumaat malam saya setiap jam 9 dengan kejujuran lakonannya dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang sebelum itu adalah sitkom Flat Seri Wangi.

Tanpa kemeja yang dipakai senget pun lakonan beliau berada pada kelasnya yang tersendiri.

Pak Uda menghiburkan hari kita sebelum Astro mampu menawarkan pelbagai saluran TV pada kita.

Tapi sering kali, jawatan sebagai Pelawak jarang diletakkan pada penghormatan yang tinggi. Setelah meninggal, baru kita terasa. Sama macam Din Beramboi.

Al-Fatihah untuk Zami Ismail.

Hanya Allah saja membalas keihlasan Pak Uda mengeletek hati kami, hiburkan kami.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini saya tak jumpa Ayah saya, telefon pun tidak, ucapan Hari Bapa jauh sekali. Kalau diucapkan pun ekspresi Ayah tiada. Sukar untuk menebak sama ada dia suka, sebak ataupun geli hati dengan ucapan Selamat Hari Bapa.

Semasa kecil saya selalu berharap saya dapat bapa yang lebih kaya atau berjawatan tinggi. Untunglah, perasaan langsung tidak wujud lagi. Ayah saya tidak menghabiskan persekolahannya jauh sekali berpendapatan tinggi.

Tapi saya tetap bangga kerana dia ayah yang kacak. Ya sangat kacak. Betul-betul dalam kategori kacak dalam, kacak luar, kacak dengar sini.

Seperti mana ibu, bapa juga sama. Kita boleh pilih teman hidup kita. Suami dan isteri boleh bercerai. Rakan-rakan boleh tak bertegur sapa. Tapi bukan ibu dan bapa. Kerana mereka tidak boleh dipilih.

Mereka milik kita hingga akhirat begitu juga sebaliknya. Dari Azan pertama yang dibisikkan ditelinga kita hingga mungkin saat kita mengangkat jenazah mereka ke dalam liang lahat hingga ditemukan semula di akhirat nanti.

Syukurlah saya ada nikmat berbapa lagi. Tidak seperti anak sedara saya yang berumur 6 dan 8 tahun yang kehilangan bapa 3 minggu lepas, tidak juga seperti Ayu dan adik beradik lain yang kehilangan Pak Uda pada Hari Bapa.

p/s: Saya ada niat utk buat In Memoriam yang lain, tapi tak perlulah dikongsi kat sini. Dunia media sosial ni lebih besar dari kehidupan realiti. Tapi yang realiti itu adalah sesuatu yang pasti.

No comments:

Post a Comment