Saturday, August 28, 2010

Saya bukan Penjual Tart...

Serius saya bukan penjual/pengemis tart sepertimana yang diwar-warkan 'Kisah Pengemis Jual Egg-Tart... Itu fitnah..! Tapi saya suka....

Saya hanyalah seorang pekerja marhaen di sektor swasta yang tidak mendapat 'duit raya' mcm kakitangan kerajaan.

Sememangnya lepas buka pose saya selalu mengarut (mcm best lak guna perkataan saya).

Tapi kalau tak pose pun saya memang suka mengarut.

Sebenarnya perut saya yang sudah sedia besar ini teramat padat kandungannya selepas buka pose di The Apartment.

Rumusannya, puas hati makan kat sini.

Konsep buffet, jadi silakan membina semangat tamak haloba dengan mengambil makanan dengan penuh membukit di pinggan sehingga ianya boleh kelihatan seperti tudung saji.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Nasi Beriyani mantah (tp sy suka), kari ayam sedak!

Photobucket

Ayam BarbieBeratur (BBQ)

Photobucket

Meatball Apartment Style

Photobucket

Satay with weird gravy... mcm kuah cheese (cis bedebah, beta nak kuah kacang!)

Photobucket

1st round! Ada Masak Lomak Cili Api Porut, serius sedap, gile kampung... mmg gile ghombau!

Photobucket



Photobucket

Hai Cik Kepah (err, tu kepah ek? pe beza kepah & lala?)

Photobucket

Speghetti ini perfect!

Photobucket

Sukar untuk tidak mencintai udang ketika berbuka pose apatah lagi udang itu sungguh cantik fizikal dan baik budi bahasanya untuk dinikmati.....

Photobucket

Hambek ko! Cukup membazir membiarkan sumber kolegen semulajadi terbuang begitu saja

Photobucket

Kakak saya panggil agar-agar ini 'agar-agar bodoh'... sebab pakai sirap je... tapi agar-agar ini agak cerdik sbb ada buah kat dalam... jadi ianya kurang sedap.. ;-P

Photobucket

Apakah...?

Photobucket

Somell...

Further info The Apartment.

Friday, August 27, 2010

"Layang-layang itu naik gara-gara ada angin yang menolaknya....
Jadi saya perlu diterjang oleh rintangan...
Saya suka akan rintangan sehingga saya jatuh dan harus bangun lagi untuk kembali berlari untuk mengejar yang depan......"

Photobucket

Quote dari Mohd Iqbal, pelajar Dayah Modern Darul Ulum Aceh

Anak Aceh ini keluar dalam rancangan Suara Generasi di Astro 501.

Monday, August 23, 2010

Kedai Kopi (Update)

Buka puasa di Kedai Kopi memang acara tahunan sama ada sengaja atau tidak disengajakan.

Masa part one degree dulu, aku dengan member kelas pernah dapat 10 markah kerana hadir buka puasa dekat Kedai Kopi..

Photobucket
2006 ~ Senang kan assignment kami? makan pun dapat markah...
siapalah lecturer yg inovatif itu.. errr..

Photobucket
2010 - diaorg tiada dalam gamb 2006

Antara sebab Kedai Kopi jadi pilihan paling selamat nak buka puasa ramai-ramai :

  • Tempat selesa, banyak angin, view pun bolehlah
  • Parking senang banding dengan Kedai Kopi 1
  • Dekat dengan masjid, jadi lepas buka boleh terus g Masjid Shah Alam
Antara ahli jemaah buka pose

Photobucket

Daus, Dino (ishh korek idung) & Mimie

Photobucket

Jijah & Baby Suri yang cuba bersembunyi di balik rumput hijau

Photobucket

Ikkey (ye depan itu idung dan cermin mata Mimie)

Lagi seorang jemaah ialah Babal, tapi dia lambat sikit datang dan disumpah jadi kucing

kucing gedik

kucing gedik1

Bagi siapa yang suka makan buffet dan kelahap serta tamak ambil banyak-banyak sampai boleh jadi tudung saji, anda perlu hati-hati di Kedai Kopi

Konsep ambil makanan macam buffet, banyak pilihan.

Tapi anda bayar apa yang anda ambil.. tapi ok la tak bazir

Photobucket

mine

sotong

dan juga udang yang masih lagi jadi igauan..(ejaan igauan ini mcm tak jauh beza dengan iguana kan..?)

Photobucket

dan abg yang mempunyai lengan yang besar mcm traffic light meneruskan program dietnya


Photobucket
diet tak makan nasi je puwn (ayat ini penuh hasad dengki)


Photobucket
Kalau sapa nak solat maghrib de ruang kat bahagian atas

Jadi kalau nak buat reservation tgk blog Jijah

Owh, btw lupa nak pesan... sila jangan order Bread Butter Pudding...

Photobucket

Ini kerana pencuci mulut yang disangkakan manis ini tidak manis dan rasanya seperti lontong...!

Apakah..!

Saturday, August 21, 2010

Celcom Broadband - Love Me Love Me Not

Aku beli celcom broadband pada 27 Julai 2010.

Sebab ikut iklan ini katanya liputan terluas & member opis pun pakai takde problem, bil pun tak banyak (aku beli broadband pun sebab tak mampu bayar bil Maxis yg bapak mahal sebab guna internet kat aipone)

Masalahnya sejak aku beli, speed tak menentu, kalau ko online 5 minit lagi 56 minit ko penat tunggu dia connect pas tu disconnect.

Photobucket
cantik kan graf ni..mcm Burj Khalifa Dubai


Jadi bila memikirkan kebodohan aku berganda sebab beli benda ini selama sebulan tapi tak penah dapat manfaat Advance Package yg ditawarkan, aku pun call la Celcom Careline.

Jawapan pertama aku dapat ialah :

"Oh En, sebenarnya Celcom memang ada error dengan broadband dari 23 Julai hingga 31 Ogos ni, mereka sedang buat maintanance.. " - Apakah ? Ada kau bagitau aku masa aku beli 27 Julai?

Aku pun tanya pe beza pakej yang aku ambil sedangkan servis yang aku dapat sama je takde beza advance tau basic...

Jawapannya :

"Kalau Encik nak maklumat lanjut mengenai itu boleh layari www.celcom.com.my/broadband" - celah mana aku nak g website tu kalau nak connect tenet pun tak dapat.!

Lepas tu call aku dicampakkan ke bahagian akaun dan bil.

Aku tak suka minta rebate, tp kalau aku bayar penuh tp tak dpt apa-apa maksudnya tahap bodoh aku tadi dah jadi bebal... Aku tanya gak pasal rebate...

Jawapannya :

"Buat setakat ini kami memang takde tawarkan rebate sebab error ni (- dah agak pun jawapan tu.) Tapi tak pe saya sambungkan encik dengan bahagian broadband kami, nanti dia boleh bantu secara teknikal"

Bila disambung ke bahagian broadband, dia bantulah pe yang kena buat, check balik network, profile management dan beberapa perkara teknikal yang tak mampu dihadam oleh pemikiran aku yang tidak teknikal ini. (errr..nak buat blog pun kena minta tutorial ;-P)

Jadi kesimpulan yang boleh diberikan oleh pegawai Broadband yang banyak membantu beri penjelasan ialah:

" Broadband encik memang mengalami masalah, kami pun tak tahu sebab encik tak buat aduan. Jadi saya akan ambil maklumat Encik dan skuad Broadband kami akan datang ke rumah untuk buat sample" --- Waaaaahhhh Skuad Broadband, macam skuad bomba tau skuad kadet polis sekolah!

" Mengenai rebate kami akan pertimbangkan nanti, dan saya harap kami akan dapat selesaikan masalah ini dalam masa dua tiga hari ini "-- Baiklah saya tunggu hingga Rabu ini.

Aku redha je la dengan broadband aku ni. Masa buat entry ini pun 2 @ 3 kali dia terputus..

Benarlah Ramadan itu mengajar manusia bersabar.. wakakaka!

Thursday, August 19, 2010

Nilai 3 (ini bukan entry shopping)

Alhamdulillah, semenjak bulan Ramadan ni ramai yang cuba berubah dan berniat untuk menjadi lebih baik dari bulan Syaaban.

Jadi kalau kat Facebook banyak la link video yang berunsurkan kerohanian, dalam erti kata lain nak dakwahlah...!

Maka muncullah imam-iman muda dan ustazah-ustazah yang tak berapa tua seronok share linkyang mcm ini & ini dan banyak lagi lah. Korg pun tau.

Niat tu baik. Konon nak berdakwah, nak bagi kesedaran di bulan pose supaya pahala dapat berganda-ganda.

Tak lengkap link ini jika tidak disertakan dengan tazkirah dan majlis ilmu yang berbentuk komen dari rakan-rakan dibawahnya dan keluarlah ayat-ayat seperti ini :
  • "hish. takut aku dok tgk ulang2 vid ni...tersentap melihat mereka. nauzubillah.."
  • "Aku respek orang yang buat video ni. Mari sama2 kita sebarkan dan kongsikan pada masyarakat terutamanya kaum wanita... Adakah kamu tidak berfikir? "
  • "aku kini insaf..."
Hhmmm, dalam masa kurang 6 minit, tgk video pas tu terus sebilangan dari kita dapat kekuatan dan keyakinan diri sendiri tanpa perlu mengembangkan hidung untuk jatuh hukuman dan terus ada kegeniusan yang maha hebat untuk mencipta formula matematik yang teorinya nanti dapat mengira dosa pahala hamba yang lain..

Senang je rupanya...



"Apakah kita semua, Benar-benar tulus, Menyembah pada-Nya, Atau mungkin kita hanya, Takut pada neraka, Dan inginkan surga. "

Sunday, August 15, 2010

II


Sesungguhnya antara perkara paling sukar untuk dilakukan dalam hidup ini ialah

jujur pada diri sendiri

Jadi betullah frasa

"Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya tanpa tulus dihatinya"


Photobucket