Saturday, August 21, 2010

Celcom Broadband - Love Me Love Me Not

Aku beli celcom broadband pada 27 Julai 2010.

Sebab ikut iklan ini katanya liputan terluas & member opis pun pakai takde problem, bil pun tak banyak (aku beli broadband pun sebab tak mampu bayar bil Maxis yg bapak mahal sebab guna internet kat aipone)

Masalahnya sejak aku beli, speed tak menentu, kalau ko online 5 minit lagi 56 minit ko penat tunggu dia connect pas tu disconnect.

Photobucket
cantik kan graf ni..mcm Burj Khalifa Dubai


Jadi bila memikirkan kebodohan aku berganda sebab beli benda ini selama sebulan tapi tak penah dapat manfaat Advance Package yg ditawarkan, aku pun call la Celcom Careline.

Jawapan pertama aku dapat ialah :

"Oh En, sebenarnya Celcom memang ada error dengan broadband dari 23 Julai hingga 31 Ogos ni, mereka sedang buat maintanance.. " - Apakah ? Ada kau bagitau aku masa aku beli 27 Julai?

Aku pun tanya pe beza pakej yang aku ambil sedangkan servis yang aku dapat sama je takde beza advance tau basic...

Jawapannya :

"Kalau Encik nak maklumat lanjut mengenai itu boleh layari www.celcom.com.my/broadband" - celah mana aku nak g website tu kalau nak connect tenet pun tak dapat.!

Lepas tu call aku dicampakkan ke bahagian akaun dan bil.

Aku tak suka minta rebate, tp kalau aku bayar penuh tp tak dpt apa-apa maksudnya tahap bodoh aku tadi dah jadi bebal... Aku tanya gak pasal rebate...

Jawapannya :

"Buat setakat ini kami memang takde tawarkan rebate sebab error ni (- dah agak pun jawapan tu.) Tapi tak pe saya sambungkan encik dengan bahagian broadband kami, nanti dia boleh bantu secara teknikal"

Bila disambung ke bahagian broadband, dia bantulah pe yang kena buat, check balik network, profile management dan beberapa perkara teknikal yang tak mampu dihadam oleh pemikiran aku yang tidak teknikal ini. (errr..nak buat blog pun kena minta tutorial ;-P)

Jadi kesimpulan yang boleh diberikan oleh pegawai Broadband yang banyak membantu beri penjelasan ialah:

" Broadband encik memang mengalami masalah, kami pun tak tahu sebab encik tak buat aduan. Jadi saya akan ambil maklumat Encik dan skuad Broadband kami akan datang ke rumah untuk buat sample" --- Waaaaahhhh Skuad Broadband, macam skuad bomba tau skuad kadet polis sekolah!

" Mengenai rebate kami akan pertimbangkan nanti, dan saya harap kami akan dapat selesaikan masalah ini dalam masa dua tiga hari ini "-- Baiklah saya tunggu hingga Rabu ini.

Aku redha je la dengan broadband aku ni. Masa buat entry ini pun 2 @ 3 kali dia terputus..

Benarlah Ramadan itu mengajar manusia bersabar.. wakakaka!

3 comments:

  1. siyes dxul, graf macam klimax lelaki berumur 40an?

    wakakaakak apakah! jom kita squad kepitkan celcom!

    ReplyDelete
  2. wakakaa.... sawan ko ni Jijah xblh tido.. huhuhu...
    Graf tu mcm banguan pencakar langit kan..?

    ReplyDelete
  3. siyes graf tu macam dubai punye menara tu, siyes pagi2 bute aku gelak2 sorang dlm bilek!

    ReplyDelete